Friday, November 15, 2013

BAJET 2014 - Manfaat Kepada Pelajar Universiti


Kebelakangan ini, isu bajet 2014 hangat diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Bajet 2014 ini telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Sri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Bajet 2014 dimaklumkan bahawa ia bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksakan Janji", dan juga yang telah menggariskan lima teras utama iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan dan menjana kesejahteraan rakyat.

Bajet 2014 secara keseluruhannya merupakan peningkatan yang begitu besar, iaitu sebanyak RM31 bilion berbanding dengan bajet tahun lepas bagi perbelanjaan untuk pembangunan. Selain daripada bajet untuk membangunan, bajet untuk pelajar universiti juga merupakan bajet yang terbesar iaitu berjumlah RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet 2014. Hal ini berlaku adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.

Untuk pengetahuan semua, di sini saya ingin berkongsi mengenai manfaat bajet 2014 kepada pelajar universiti. Antara aspek yang dititikberatkan oleh bajet 2014 ialah kerajaan akan meneruskan pemberian Baucer Buku 1 Malaysia. Baucer Buku 1 Malaysia  yang akan diagihkan berjumlah sebanyak RM250 kepada setiap pelajar universiti dan kolej. Pemberian ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan baucer buku untuk membeli bahan-bahan rujukan dan bahan bacaan untuk tujuan pembelajaran. Dengan pemberian ini, pelajar juga dapat menjimatkan wang dan dapat meringankan beban kewangan kedua ibu bapa mereka.

Manfaat bajet 2014 kepada pelajar universiti yang seterusnya ialah pihak kerajaan ingin pemperkasa pusat pengajian tinggi menerusi program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, terutama sekali ialah kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Program MyBrand15 ini telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM110 juta ringgit untuk mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin. Oleh itu, dengan program yang akan diteruskan ini maka lebih ramai lagi pelajar universiti dengan pegangan PhD dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dilahirkan dengan rasa bangga.

Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa bajet 2014 ini telah banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar universiti. Oleh itu, kita sebagai pelajar universiti hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya agar peluang yang disediakan kepada kita dapat meningkatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi di negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment