Saturday, October 26, 2013

Keracunan Makanan



Keracunan makanan adalah pengambilan makanan yang tercemar atau minuman yang tercemar. Pengambilan makanan yang tercemar akan mengakibatkan anda mendapati cirit-birit, sakit perut, muntah-muntah, sakit kepala dan sebagainya. Keracunan makanan juga akan mengakibatkan kematian jika tidak mendapatkan rawatan yang lebih awal dan juga akan mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit-sakit sendi yang berpanjangan atau kronik. Oleh itu, terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan keracunan makanan.

Sebab-sebab keracunan makanan
1. Pengambilan makanan yang tidak bersih.
  Pengambilan pemakanan yang tidak bersih akan mengakibatkan keracunan makanan. Contohnya pengambilan buah-buahan, sememangnya buah-buahan mempunyai vitamin yang banyak tetapi sekiranya buah-buahan kegemaran seseorang itu tercemar, ia akan mudah mendatangkan keburukan. Buah-buahan ini tercemar selalunya tercemar daripada air yang kotor ketika membasuhnya atau tangan peniaga yang kotor semasa membelinya. Hal ini akan menyebabkan buah-buahan itu dijangkiti kuman atau bakteria.

2. Tambahan bahan kimia yang berlebihan dalam makanan.
   Tambahan bahan kimia adalah seperti penambahan asid yang banyak dalam mi kuning atau laksa. Makanan ini boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut dan sakit kepala apabila mereka memakannya. Tanaman yang ditabur dengan baja daripada bahan kimia dan racun makluk perosak secara berlebihan juga menyebabkan keracunan makanan. Hal ini disebabkan bahan kimia tersebut  masih ada pada bahan makanan mentah dan jika makanan mentah itu tidak dibersihkan dengan sempurna dan tidak dimasak dngan cara yang betul, bahan kimia tersebut masih kekal.

3. Makanan yang dimasak dan dihidang tidak diurus dengan betul.
    Makanan yang tidak diurus dengan betul seperti makanan tidak ditutup dengan sepenuhnya dan makanan ini boleh diharung lalat, lipas, semut dan sebagainya. Didalam lauk-pauk yang tededah juga terdapat telur lalat yang boleh menyebabkan mereka yang alahan diserang penyakit apabila memakannya. Terdapat juga kes-kes yang tidak disengajakan, misalnya serbuk atau bahan pencuci terjatuh kedalam periuk makanan tanpa disedari. Semua ini boleh menimbulkan gejala keracunan makanan yang boleh membahayakan mereka.

Kesimpulannya, kita perlu berjaga untuk mengelakkan gejala keracunan makanan. Kita perlu mengawasi bahan makanan daripada pencemaran dari awal, iaitu semasa membeli bahan makanan. Hal ini sangat penting terutamanya semasa kita makan di luar seperti di kedai ataupun ditempat yang lain. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati semasa memilih makanan di luar.



    



No comments:

Post a Comment