Friday, September 27, 2013

Keistimewaan Sambutan Hari Malaysia

Keistimewaan Sambutan Hari Malaysia adalah disambut pada 16 September setiap tahun. Hari Malaysia merupakan cuti am di Negeri Sabah sempena hari keputeraan yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, malah mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua Negeri di Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia melambangkan wajah Malaysia yang sebenar dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama yang tampil dengan penuh warna warni atas semangat muhibah, bersatu padu dan setia kawan sejati. Sambutan ini disambut adalah untuk memperingatkan rakyat Malaysia tidak lupa akan pembentukan Malaysia yang telah ditetap pada 16 September 1963.

Sambutan Hari Malaysia dilihat berlainan apabila mencipta keistimewaan tersendiri yang membabitkan lebih ramai golongan remaja dan belia. Setiap tahun kita boleh lihat Sambutan Hari Malaysia yang amat istimewa disambut oleh golongan masyarakat yang berlainan budaya. Lebih menarik lagi, program dan aktiviti yang telah diadakan atau dipamerkan mendapat sambutan yang ramai dari golongan muda, malah turut diraikan rakyat pelbagai lapisan masyarakat seperti masyarakat Cina dan India. Antara program dan aktiviti yang telah di adakan di Padang Merdeka, Kuching Sarawak ialah istiadat perbarisan dan rapat raksaksa sempena sambutan hari Malaysia yang ke-50.

Permainan muzik juga telah dipamerkan dan permainan ini merupakan satu daripada cara mencapai keharmonian sosial dan oleh itu penyertaan warga tempatan dalam muzik dan lagu semasa Sambutan Hari Malaysia dapat membantu menjalinkan hubungan harmoni dalam masyarakat majmuk. Oleh itu, golongan remaja sekarang ini berubah dan mereka dilihat ikhlas menyertai pelbagai acara semperna Sambutan Hari Malaysia.

Tahun ini juga cukup istimewa sekali kerana kita bukan saja meraikan Hari Malaysia, malah turut membuka ruang kepada banyak perkara-perkara yang positif kepada anak-anak muda pada zaman sekarang. Sambutan seperti ini sangat membawa erti yang besar kepada Negara. Oleh yang demikian, kita mestilah menyambut Hari Malaysia ini dengan penuh rasa kesyukuran agar nikmat keamanan ini berkekalan sehingga ke generasi yang akan datang.